Tuesday, March 15, 2011

MEDIA KOMUNIKASI ISLAM

Pengenalan

Media : the channel through which a message travel from the source to receiver

Latin : mediare (pengantara)

Media Islam
  1. Al-Quran : memberi petunjuk, mendidik
  2. Jemaah : jemaah politik, sosial, kebajikan
  3. Lisan : pidato, kuliah
  4. Tulisan : majalah, surat, buku
  5. Gambar : peta, statistik, diagram
  6. perbuatan : meziarahi orang sakit
  7. Audio - Visual : teater, filem, drama
Syarat - syarat membentuk media Islam
  1. niat semata-mata kerana allah
  2. perkara mestilah dibenarkan oleh syarak
  3. pelaksanaan mengikut syariat, tidak menyalahi hukum hakam
  4. natijah disalurkan ke jalan Allah
  5. tidak meninggalkan perkara-perkara asa keimanan
Peranan Media

Schremm, Lasswell, Lerner
  • pemberitahu dan pengawal persekitaran
  • penggalak perbincangan dan pendorong perubahan
  • agen sosialisasi serta penyalur budaya dan nilai
  • penghibur
Pandangan Islam
  • menyebarkan kebenaran Islam kepada orang ramai
  • menggunakan kaedah yang bijaksana dalam proses komunikasi
  • melancarkan perang saraf terhadap musuh
  • menghadapi perang media propaganda asing
Tanggapan Terhadap Media

Maryam Jemaah (1983)
  • media sebagai tamadun berteknologi yang nyah kemanusiaan kerana menggalakkan nilai kebendaan dan merosakkan kerohanian insani
Thaifah Minal Muslimin (1987)
  • ruangan berita lebih banyak mengata akan hal orang lain
  • ruangan agama amat terhad masa siarannya
  • peserta rancangan TV bergaul bebas
  • cerita-cerita di TV adalah cerita kosong
  • unsur lawak jenaka ynag sia-sia
Abdul Halim Ismail (1992)
  • nilai yang berpengaruh bagi kebanyakan individu
  • boleh mencorakkan budaya masyarakat, mengukuhkan sikap perlakuan masyarakat
Manfaat hompej Islam
  1. mengatasi masalah salah faham bukan Islam terhadap masyarakat Islam
  2. menjadi saluran bagi menyelesaikan salah faham mengenai islam
  3. memupuk semangat keislaman
  4. mempertingkatkan ilmu pengetahuan

PRINSIP & ETIKA DALAM KOMUNIKASI

Prinsip- Prinsip
  1. bercakap benar
  2. bercakap dengan lemah lembut
  3. memberi nasihat yang baik
  4. menunaikan janji
Halangan Komunikasi
  1. mengutuk orang
  2. membocorkan rahsia
  3. mengumpat
  4. bertengkar
  5. bercakap kotor
Etika Komunikasi Massa
  1. Tanggungjawab : wartawan tidak boleh menggunakan kekuasaannya untuk kepentingan peribadi
  2. Kebebasan wartawan : bebas membicarakan apa saja yang tidak dilarang hukum & undang-undang
  3. Independen : membebaskan diri dari segala kewajiban kecuali kepada kepentingan umum
  4. Ketulusan, kesetiaan kepada kebenaran
  5. kejujuran
  6. Berlaku adil : memberi kesempatan kepada semua pihak untuk memberi penjelasan
  7. Kesopanan : harus menyampaikan maklumat secara terperinci
Etika Komunikasi Islam
  1. qaulan sadida : pesanan harus jujur dan benar
  2. qaulan ma'rufa : menyeru kebenaran dan kebaikan
  3. qaulan baligha : informasi merupakan kata-kata yang mampu membekas pada jiwa
  4. qaulan maisura : ucapan yang layak dan baik 
  5. qaulan karima : perkataan yang mulia

Thursday, February 10, 2011

BAB 3 : METODE KOMUNIKASI DAKWAH (sambungan)

Komunikasi Asertif


Bahasa Inggeris
assertive / assertion

Paddy O'Brien
kemampuan untuk menguasai diri sendiri, berkebolehan memimpin, tenang & lebih bersedia menghadapi krisis, bijak mengendalikan kritikan, menghasilkan maklum balas positif, mengimbangi antara kesihatan dengan komitmen mendengar & memahami dengan baik kehendak & keperluan pihak lain serta dapat berkomunikasi dengan berkesan.

Umum (Abd Aziz Yusof)
satu tingkah laku & sikap berinteraksi dengan tegas, jujur dan benar sejajar dengan penyataan individu tentang perasaan, kehendak, fikiran & hak-haknya tanpa menyebabkan timbulnya perasaan kebimbangan diri & menyakiti perasaan orang lain.

Maderlyn Burley - Allen (1993)
  • mempengaruhi orang lain secara positif
  • mengamalkan perilaku yang aktif, inisiatif & sensitif
  • penekanan bahawa setiap orang mempunyai kelebihan & potensi diri sendiri
  • bertanggungjawab terhadap diri sendiri
Perspektif Islam
komunikasi yang berhikmah, yang penuh kebijaksanaan.


Kemahiran Menyatakan 'Tidak'
  1. gunakan ayat yang ringkas & spesifik
  2. pernyataan dan bukan pertanyaan
  3. rujuk kepada orang lain
  4. menggunakan bahasa yang sopan
  5. mencadangkan alternatif lain


Nasihat yang Baik (Ibnu Khaldun menyatakan tahap berfikir)
  1. Tahap Pertama : pemahaman intelek terhadap sesuatu yang berada di luar alam semesta
  2.  Tahap Kedua : kemampuan berfikir yang boleh menyediakan manusia dengan idea & perilaku dalam perhubungannya dengan persekitaran yang diperolehi melalui pengalaman.
  3. Tahap Ketiga : kemampuan untuk berfikir tentangs sesuatu objek yang berada melampaui tanggapan pancaindera tanpa melalui pengalaman hidup.
  4. Tahap Keempat : memberi tanggapan tentang wujud sebagaimana adanya mengikut pelbagai genus perbezaan sebab-musabab.

Berdebatlah Dengan Cara Yang Baik 
  • berbincang dengan cara yang baik agar mereka cinta kepada kebaikan & kebenaran
  • perlu dilakukan dengan baik & meyakinkan agar kebenaran Islam dapat disampaikan.


Monday, February 7, 2011

BAGAIMANA MANUSIA DIJADIKAN

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.”

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah”
yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

Saturday, February 5, 2011

PELAJAR UIA BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah...Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah. Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada disitu bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam..(*_*)

Friday, February 4, 2011

BAB 3 : METODE KOMUNIKASI DAKWAH

3 Gologan Manusia (Syeikh Mhmmd Abdul)

  1. Para Cendekiawan yang cinta kepada kebenaran: mestilah berbicara dengan hikmah melalui fakta, dalil & hujah
  2. Golongan awam yang tidak dapat berfikir secara kritis & mendalam: metode "mau izzatul hasanah" (ajaran & pendidikan yang baik serta mudah difahami)
  3. Golongan pertengahan yang suka berbincang & berbahas tetapi dalam batasan tertentu sahaja: metode "al-mujadalah billati hiya ahsan" (berdebat dengan cara yang baik)
Maksud Hikmah

1. lemah lembut, bijaksana, pengetahuan yang berguna, berani, tegas, menyatakan sesuatu sesuai pada tempatnya, bersumberkan quran dan sunnah, kefahaman terhadap quran dan sunnah, bertindak berpandukan ajaran Allah & RasulNya.

2. Kamus Lisan Arab : seseorang yang faham dengan cara melakukan sesuatu & mempunyai kepakaran serta kemahiran terhadap perkara tersebut.

3. Abu A'ala al-Maududi : sesuatu yang betul diletakkan dalam keadaan yang sesuai mengikut masa & tempat.

4. Muhammad Abduh : memahami rahsia & faedah sesuatu yang merangsangkan / menggerakkan kemahuan untuk melakukan perbuatan yang bermanfaat.

5. al-Zubaidi : ketaatan & kepatuhan terhadap Allah dengan memahami serta mengikuti perintah & arahanNya.

6. Encyclopedia of Islam : hikmah bercakap dan bertindak dengan kebijaksanaan berlandaskan kebenaran. berkomunikasi dengan cara yang bijaksana, dalam batas-batas kebenaran, sesuai dengan situasi & keadaan serta berkesan, dapat memuaskan hati semua pihak seterusnya mencapai tujuan & matalamat komunikasi.

Konsep Hikmah

a) Kemampuan memilih waktu untuk berbicara & berkomunikasi
  • Ketika permulaan dakwah,Rasulullah memberi peringatan kepada keluarga terdekat dahulu.
b) Hikmah menguasai pemikiran & jiwa masyarakat
  • bijak menyampaikan utusan melalui pemilihan perkataan, ungkapan, ayat yang sesuai dengan umur, pendidikan, jawatan, status sosio-ekonomi, tahap keimanan, tahap amalan, perasaan hati, mood seseorang.
c) Hikmah dalam komunikasi / kemahiran berkomunikasi
  • menggunakan gaya bahasa yang positif, fasih, lancar, tersusun.
  • tidak menggunakan kata-kata kesat, maki-hamun.
  • menjaga emosi walaupun dalam keadaan cemas.

Keperluan Hikmah

  • Digunakan pada bila-bila masa sahaja
  • Digunakan untuk mengetahui sejauh manakah perubahan dapat dilakukan
Adab Berkomunikasi Dengan Hikmah
  • luruskan posisi tubuh
  • berikan tumpuan sepenuhnya
  • memandang muka
  • tidak menguap
  • sentiasa senyum
  • bercakap perlahan
  • ketawa perlahan
  • sentiasa bercakap benar walaupun bergurau

Tuesday, February 1, 2011

BAB 2 : DAKWAH & KEWAJIPAN

Maksud Dakwah

Dakwah (da'a + yad'u) = al-da'wa / du'a (seruan, panggilan, ajakan)

1. Bahasa
  • (al-nida) seruan supaya menyempurnakan urusan masyarakat 
  • (al-du'at) orang yang menyeru ke arah petunjuk / kesesatan / bid'ah 
2. Batras al-Bustani: memohon dengan merendah diri kepada Allah, cenderung untuk melakukan kebaikan, meminta, mendesak, menjemput, suka & kasih kepada Allah 
3. Ibn Manzur: galakan untuk melaksanakan sesuatu tujuan

4. al-Fara': al-Istighathah (meminta pertolongan)

5. Abu Ishak al-Dua: memohon & meminta kepada Allah

6. Encyclopedia of Islam: seruan supaya manusia percaya & yakin kepada agama sebenar (Islam)

7. Abd Karim Zaidan :(Usul al-Dakwah) mengajak manusia kepada jalan Allah

8. Istilah :seruan kepada Allah iaitu beriman & tidak menyekutuiNya, beriman kepada Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat & Qadha dan Qadar


 Kewajipan Dakwah

  1. al-Amr :wajib
  2. Abd Karim Zaidan: wajib kepada setiap muslimin secara individu/jemaah
Cara Berdakwah

Abu A'la al-Maududi :cara penyampaian yang sistematik & efektif perlu diteliti sesuai dengan kecerdasan, perasaan & tabiat masing-masing.

  1. Dengan tangan : kekuatan / kekuasaan, komunikator menjadi model yang baik
  2. penggunaan lidah : memberi nasihat & tunjuk ajar yang baik
  3. Penggunaan hati : tidak gentar mempertahankan hak, suci dari keraguan
Hukum Berdakwah

al-Qurtubi :berdakwah adalah fardhu kifayah

al-Syaukani : khusus untuk para ilmuan yang alim sahaja

Muhammad Abduh
  • Pertama : seruan kepada seluruh manusia
  • Kedua : dalam kalangan umat Islam sahaja
Ibn Taimiyyah : sebesar-besar tanggungjawab dalam Islam, sekiranya, lalai terhadap kewajipan tersebut, pihak pemerintah wajib memeranginya.