Friday, February 4, 2011

BAB 3 : METODE KOMUNIKASI DAKWAH

3 Gologan Manusia (Syeikh Mhmmd Abdul)

  1. Para Cendekiawan yang cinta kepada kebenaran: mestilah berbicara dengan hikmah melalui fakta, dalil & hujah
  2. Golongan awam yang tidak dapat berfikir secara kritis & mendalam: metode "mau izzatul hasanah" (ajaran & pendidikan yang baik serta mudah difahami)
  3. Golongan pertengahan yang suka berbincang & berbahas tetapi dalam batasan tertentu sahaja: metode "al-mujadalah billati hiya ahsan" (berdebat dengan cara yang baik)
Maksud Hikmah

1. lemah lembut, bijaksana, pengetahuan yang berguna, berani, tegas, menyatakan sesuatu sesuai pada tempatnya, bersumberkan quran dan sunnah, kefahaman terhadap quran dan sunnah, bertindak berpandukan ajaran Allah & RasulNya.

2. Kamus Lisan Arab : seseorang yang faham dengan cara melakukan sesuatu & mempunyai kepakaran serta kemahiran terhadap perkara tersebut.

3. Abu A'ala al-Maududi : sesuatu yang betul diletakkan dalam keadaan yang sesuai mengikut masa & tempat.

4. Muhammad Abduh : memahami rahsia & faedah sesuatu yang merangsangkan / menggerakkan kemahuan untuk melakukan perbuatan yang bermanfaat.

5. al-Zubaidi : ketaatan & kepatuhan terhadap Allah dengan memahami serta mengikuti perintah & arahanNya.

6. Encyclopedia of Islam : hikmah bercakap dan bertindak dengan kebijaksanaan berlandaskan kebenaran. berkomunikasi dengan cara yang bijaksana, dalam batas-batas kebenaran, sesuai dengan situasi & keadaan serta berkesan, dapat memuaskan hati semua pihak seterusnya mencapai tujuan & matalamat komunikasi.

Konsep Hikmah

a) Kemampuan memilih waktu untuk berbicara & berkomunikasi
  • Ketika permulaan dakwah,Rasulullah memberi peringatan kepada keluarga terdekat dahulu.
b) Hikmah menguasai pemikiran & jiwa masyarakat
  • bijak menyampaikan utusan melalui pemilihan perkataan, ungkapan, ayat yang sesuai dengan umur, pendidikan, jawatan, status sosio-ekonomi, tahap keimanan, tahap amalan, perasaan hati, mood seseorang.
c) Hikmah dalam komunikasi / kemahiran berkomunikasi
  • menggunakan gaya bahasa yang positif, fasih, lancar, tersusun.
  • tidak menggunakan kata-kata kesat, maki-hamun.
  • menjaga emosi walaupun dalam keadaan cemas.

Keperluan Hikmah

  • Digunakan pada bila-bila masa sahaja
  • Digunakan untuk mengetahui sejauh manakah perubahan dapat dilakukan
Adab Berkomunikasi Dengan Hikmah
  • luruskan posisi tubuh
  • berikan tumpuan sepenuhnya
  • memandang muka
  • tidak menguap
  • sentiasa senyum
  • bercakap perlahan
  • ketawa perlahan
  • sentiasa bercakap benar walaupun bergurau

No comments:

Post a Comment